Rabu, 22 Februari 2012

KAKAK YANG KEJAM

Sebagai seorang kakak yang mempunyai lima orang adik dibawahnya sama seperti seorang lady bos yang boleh memerintah orang bawahannya... Banyak kekerasan yang aku lakukan kepada mereka... Bangcik, yang hanya berbeza setahun sahaja umurnya dengan aku adalah mangsa pertama... aku hampir-hampir menyebabkan Bangcik kehilangan nyawanya... aku sumbat hidung Bangcik dengan kain... sebagai hukuman aku dihantar tinggal dengan nenek dan tokwan... (alaaaa...dok seminggu ja... bapak tak tahan duduk jauh-jauh dengan anak....) Perbuatan ku boleh dimaafkan kerana aku masih kecil.. mungkin aku sangka Bangcik hanyalah patung mainan.... Yan. adik di bawah bangcik, kalau bergaduh akulah juara... Aku boleh libas Yan dengan penyapu mahupun paip getah... Tiada belas kasihan dalam diriku... Isa & Awe.... kedua-duanya aku pernah ikat di tiang tengah rumahnya sehari suntuk tanpa makan dan minum... Biarpun raungan mereka memecahkan kesunyian kampung... ada aku kesah... Amanah bapak supaya aku menjaga mereka dan jangan benarkan mereka keluar bermain kerana bapak dan mak keluar atas urusan kerja... Lantas, aku jalankan tugas itu dengan baik sekali... Adik yang paling akhir.... Dia selamat ....Aku sudah berubah... tidak lagi membuli adik-adikku... Aku menjadi pelindung mereka... Sekurang-kurangnya aku bersyukur mereka semua tidak membalas dendam...