Rabu, 25 Mei 2011

TABUNG BUNIAN

Tadi ada baca satu blog pasal tabung bunian ni....alkisahnya....orang dulu-dulu simpan duit dalam tabung buluh...jadi memang tak akan nampak jumlah wang dalam tabung tu....

Beberapa bulan sebelum ni...aku ada menabung...tapi aku simpan dalam botol lutsinar....jadi, tak jadilah tabung bunian sebab nampak...selalunya aku akan isi dengan duit lebihan selepas berbelanja...terutamanya duit syiling....walaupun sehari ada baki 10 sen....aku tetap simpan....alhamdulillah...sekarang botol tu dah nak penuh....belom ada niat nak keluarkan dan kira berapa isinya....ingat lepas ni..nak sambung botol yang lain pula...tengok berapa lama boleh bertahan....

Jumaat, 1 April 2011

...Kehidupan 2...



Selain daripada tempat untuk berkubang, sebenarnya kolam atau tali air yang terdapat di kampung kami adalah lubuk untuk mencari rezeki...pelbagai jenis ikan air tawar yang menghuni di dalamya...sebut sahaja ikan haruan, puyu, sepat dan keli...insyaallah, jika rajin untuk mencari...habuanya pasti lumayan....

Saya juga tidak terkecuali....selalunya saya akan mengikut arwah bapak mengalau (arwah bapak yang cakap, saya ikut saja) ikan haruan....biasanya aktiviti ini dijalankan pada hujung minggu.... cara yang cukup mudah...hanya perlukan sebatang buluh,tali tangsi dan mata kail....umpan selalunya arwah bapak gunakan anak katak....perlahan-lahan arwah bapak akan layurkan pancing ke dalam air dan tidak sampai beberapa minit...pasti pancing arwah bapak akan di sambar dek haruan....saya melompat keseronokkan...alhamdulillah rezeki kami sekeluarga...tapi tugas saya adalah menjaga anak katak dan ikan supaya tidak melompat keluar...

Saya juga cukup gembira selepasnya habisnya musim menuai...waktu ini kolam akan mula kering airnya....  aktiviti menimba.... arwah bapak dan jiran tetangga akan menimba kolam yang hampir kering airnya....dari pagi hingga ke petang.... waktu itu...masih gunakan kaedah menimba dimana air akan di timba keluar hingga kolam agak kering (mungkin sebab itu ia di panggil menimba) dan mudah untuk menangkap ikan.....waktu ini akan kelihatan pelbagai jenis ikan melompat-lompat dengan meriahnya.... memang banyak.... para-para ibu pula akan sibuk menyiang ikan dan dibahagi-bahagikan sesama mereka....kami anak-anak...biasalah buat kotor satu badan.... sebenarnya ada banyak cara untuk menangkap ikan-ikan ini....pasang bubu, tempirai, menangguk dan mengunjun....

pasang bubu & tempirai  : tak minat, tak mencabar
mengunjun                     : pun saya tak minat,
                                        berat masa nak angkat
menangguk                     : saya suka sebab boleh
                                        ikut mak pergi bendang....he he he

Khamis, 24 Mac 2011

Kehidupan 1




Saya di lahirkan dan membesar di kampung, yang dikelilingi oleh sawah padi....jadi kehidupan saya sama seperti kanak-kanak kampung lain....bermain kombat-kombat, tuju kasut, berkubang di tali air adalah aktiviti wajib setiap petang....tapi itu dahulu...bebas tanpa ada rasa takut...

Saya adalah diantara anak-anak kampung yang dahulunya, selepas pulang dari sekolah, salin pakaian dan menjamah makanan....saya akan hilang...hilang saya bukan kemana....saya ada bersama kawan-kawan yang lain....selagi matahari tidak membenamkan dirinya...selagi itulah saya tidak kan balik kerumah...

Saya dan kawan-kawan yang lain, paling suka bila tiba musimnya menanam padi...waktu ini air di tali air akan dilepaskan untuk disalurkan ke sawah....berkubang...mesti...walaupun setiap hari akan ada pakcik-pakcik yang akan datang bersama rotan di tangan memarahi kami...mengarahkan kami keluar dari tali air....sebenarnya bahaya...boleh lemas...tapi jiwa kanak-kanak kami waktu itu tidak pernah menghiraukannya....selalunya saya akan sambung berkubang di kolam belakang rumah ataupun parit di hadapan rumah...mana dan saya terjun....tapi sekarang bila tengok parit di hadapan rumah dan kolam di belakang...sedih.......

Khamis, 29 Julai 2010

.....syukur.....

salam.....

agak lama x up-date blog....

alhamdulillah...kesibukkan diri dan keluarga telah membawa kepada banyak perubahan dalam kehidupan...sesungguhnya hanya kesyukuran yang dapat di ucapkan....bertukar kerjaya dan bertukar tempat tinggal memberi satu pengalaman dan percaturan baru dalam hidup....semoga saya dan keluarga dapat menghadapinya dengan sebaik mungkin....

Isnin, 31 Mei 2010

...buat dia yang tersayang...

Memiliki seraut wajah yang garang, berkumis tebal, jarang memberikan senyuman mahupun gelak tawa, aduh...cukup mengerunkan. Tangan kasar itu pernah memukul, merotan mahupun memulas setiap cuping telinga anak-anaknya. Setiap kali mendengar deruman enjin kereta memasuki halaman rumah, serta merta semuanya kelihatan baik sahaja...
Walaupun hakikatnya dia seorang yang cukup garang dan tegas, semuanya untuk kebaikan. Setiap yang dia lakukan mempunyai alasan yang tersendiri. Tanggungjawab terhadap keluarga tidak pernah diabaikan. Sesusah manapun mencari rezeki bagi menyuap sebutir nasi ke mulut anak-anaknya,  dia tidak akan mengeluh. Lebih perit setiap kali menjelang musim perayaan dan sesi persekolahan bermula. Semuanya harus disediakan bermula dari anak sulung hingga yang kecil. Kami anak-anak sememangnya tidak memahami langsung, apa yang kami mahu semuanya baru. 
Dia mengidap penyakit yang cukup merbahaya, Kencing Manis. Bertahun-tahun dia melawan dan bertahan demi memastikan anak-anaknya dapat membesar dengan sempurna dan dapat melihat kejayaan anak-anaknya. Alhamdulillah anak sulung dia, berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Lebih membanggakan dia anak sulungnya lulusan luar negara. Dapat dilihat dengan jelas kebanggan itu dengan melihat riak di wajahnya serta caranya bercerita bersama teman-teman teksinya. Tetapi harapannya untuk melihat yang lain berjaya tidak kesampaian. Tuhan lebih menyayanginya. Penyakit itu terus merebak dan melumpuhkan pergerakkannya. Berbulan terbaring dan tidak dapat bergerak, kami dapat lihat kesengsaraan dia. Mungkin juga dia berdoa kepada tuhan supaya di cabut sahaja nyawanya, agar dia tidak perlu menyusahkan kami yang masih hidup. Di suatu subuh di bulan Mei, dia nazak dan akhirnya dia pergi menyahut seruan Illahi.

Buat Allahyarham Mohd Madabighi bin Hj Modzni, semoga rohmu aman disana dan ditempatkan di tempat mereka yang beriman.
(1997-2010)
*
*
*
*
*
*
*
Sukar untuk meneruskan penulisan ini kerana air mata membasahi pipi.....

Jumaat, 21 Mei 2010

.....hilang.....

Semuanya hilang...pergi entah kemana..puas dicari dan diterokai...namun masih gagal untuk diteruskan...kadangkala semangat datang memuncak..... di halangi dengan sikap yang datang acuh tak acuh...
Ya Tuhan...kembalikan semangat itu dalam diri ini...

Jumaat, 12 Februari 2010

...PEMALAS...

Seusia remaja, anak dara saya bukan seorang yang rajin untuk membuat semua kerja rumah. Saya akui adik lelaki saya beratus-ratus kali lebih rajin berbanding diri saya. Saya hanya melakukan perkara yang berkaitan dengan diri sahaja, membasuh kasut dan baju sekolah, kerana tiada siapa yang akan melakukan untuk saya. Tetapi perkara bijak yang saya lakukan ialah kesemua benda-benda ini saya masukkan ke dalam mesin basuh sahaja. Mudah dan senang.
Harian saya sibuk dengan aktiviti sekolah. Pagi seperti biasa ke sekolah dan sebelah petangnya ada latihan sukan hingga lewat petang. Sebelah malamnya pula untuk saya menyiapkan kerja sekolah (jika rajin). Alasan sibuk sentiasa saya berikan kepada mak jika mak meminta saya membantunya. Hujung minggu pula saya banyak habiskan masa bersama kawan-kawan keluar bersantai.
Bilik tidur sendiri tidak pernah saya kemas. Saya hanya bergantung harap pada mak. Leteran mak tidak pernah saya ambil peduli. Jika sebelah malamnya saya akan terjaga secara tiba-tiba kerana ada lipas yang melalui muka saya, adalah perkara biasa. Saya juga sudah lali dengan bunyi tikus yang keluar masuk dari bilik saya. Namun suatu hari kata-kata mak membuatkan saya sedikit tersentap.

"kalau hang dok malas macam ni, memang tak dak laki nak kawin dengan hang"....

kawin....